Ditambah Lagi

Ditambah Lagi

Combinations with other parts of speech

Results: 1767, Time: 0.0208

We're doing our best to make sure our content is useful, accurate and safe.If by any chance you spot an inappropriate comment while navigating through our website please use this form to let us know, and we'll take care of it shortly.

Baharu sehari dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, seorang lelaki Singapura yang merupakan pengasas Kumpulan Cahaya menerima hukuman penjara tambahan tiga tahun sembilan bulan lagi pada Khamis.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Sabarudin Bidin menjatuhkan hukuman itu terhadap Idris Ami, 60, selepas dia membuat pengakuan bersalah atas tiga pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah tahun lalu. Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan tempoh hukuman penjara yang dikenakan terhadap tertuduh ialah empat tahun tiga bulan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati mengajar sekumpulan orang yang dikenali sebagai Kumpulan Cahaya tanpa tauliah mengajar agama Islam daripada Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2 September 2023 hingga 1 Disember 2023 di sebuah rumah di Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2009 iaitu mengajar agama tanpa tauliah. Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah yang dia mengajar tauhid berdasarkan gerak hati selepas didatangi satu cahaya pada waktu malam. Katanya, pada awalnya dia sekadar berkongsi mengenai perkara itu di media sosial sebelum ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenainya termasuk dari Malaysia.

Memandangkan Singapura dekat dengan Malaysia, dia menerima jemputan untuk datang  memberi pandangan dan bila satu pihak tidak dapat terima dan berlaku salah faham.  Dia dalam rayuannya bagaimanapun menyatakan permohonan maaf atas kesalahan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi serta berharap dikenakan hukuman ringan.

Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Abdul Wafi Ramli membantah permohonan rayuan tertuduh supaya dikenakan hukuman ringan. Jelasnya, peruntukan Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 diwujudkan supaya pihak berkuasa dapat memantau dan menyekat seandainya wujud sebarang fahaman yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kesalahan ini hari ini dilihat seolah-olah menjadi trend mengajar agama tanpa tauliah dan akhirnya mendatangkan kesan ajar ajaran salah.  Dalam bulan ini saja, beberapa pertuduhan telah difailkan yang menunjukkan kesalahan ini menjadi satu kesalahan tegar yang perlu dibendung pihak berkuasa.

Sabarudin sebelum menjatuhkan hukuman turut memberitahu undang-undang adalah untuk mengawal dan membendung ajaran yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Jelasnya, mahkamah sedar apabila umat Islam mempunyai akidah yang salah boleh porak perandakan masyarakat, keharmonian dan meruntuhkan negara.

Antara ajaran yang disampaikan ialah membenarkan berpelukan walaupun berbeza jantina dan bukan mahram. Ia atas dasar kepercayaan bahawa tidak berlaku kesalahan dari sudut syarak kerana perbuatan itu berlandaskan kecintaan hati bukan keinginan jasad dan nafsu.

Pada 4 Oktober lalu, media melaporkan Idris sebagai pengasas Kumpulan Cahaya mengaku di dalam dirinya ada roh kudus yang merujuk kepada roh semua rasul dan menganggap sudah mencapai darjat yang tinggi sehingga tidak perlu beribadat. Malah, ahli atau pengikut ajaran dikatakan suci dengan penyatuan cahaya dan tidak bernafsu, menyebabkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

Penyakit ini berpunca daripada bakteria Vibrio cholerae yang boleh menyebabkan cirit-birit teruk dan dehidrasi. 💡 Bagaimana kita mencegahnya? ✅ Minum …

Jom Pegawai Awam kita bersama-sama memahami berkaitan Penyeragaman dan Penggelaran Semula Gred Jawatan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Sumber; …

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan sebanyak RM500 tambahan Bantuan Khas Kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) secara sekali beri bagi …

Get a better translation with 8,330,775,876 human contributions

Stop Translating. Start Learning